Pusat Tarbiah Islamiah Darul Atiq
Pusat Tarbiah Islamiah Darul Atiq telah
ditubuhkan pada 20 june 1982 oleh Ustaz Ghazali Hasbullah. Beliau juga
merupakan pengasas dan mudir Darul Atiq.
Tetapi selepas allahyarham meninggal pada 03/06/2011. Tempat beliau telah
digantikan oleh Ustaz Ahmad Rizam Ghazali. Bahagian pentadbiran dan hal ehwal
pelajar keseluruhannya dibantu oleh anak-anak ustaz Ghazali sendiri.
Darul Atiq merupakan tanah wakaf yang telah diwakafkan oleh Hj Tamim kepada
Ustaz Ghazali Hasbullah pada tahun Tersebut. Darul Atiq mempunyai keluasan
tanah seluas 6 ekar. Asalnya Darul Atiq
adalah kawasan hutan kemudian ia telah diusahakan oleh Ustaz Ghazali Hasbullah
sendiri serta anak-anak beliau dan dibantu oleh pihak-pihak yang tertentu, sehingga tertubuhnya Pusat
Tarbiah Islamiah Darul Atiq.
Pada awalnya Pihak Darul Atiq tidak
mengambil sebarang bayaran dari segi pendaftaran atau pun bulanan dan tahunan
pada pelajar-pelajar yang memasuki Darul
Atiq, keseluruhannya segala tanggungan Darul Atiq ditanggung sepenuhnya oleh
Ustaz Ghazali Hasbullah. Tetapi pada tahun 2005 setelah berbincang pihak
pentadbiran Darul Atiq telah memutuskan untuk mengenakan bayaran kepada setiap
pelajar yang memasuki Darul Atiq bagi meringankan beban beliau. Tetapi sistem
pembayaran ini tidak diwajibkan keatas semua pelajar. Kerana ada diantara
pelajar Darul Atiq yang terdiri daripada kalangan yang kurang berkemampuan dan
kebanyakannya terdiri daripada anak yatim dan fakir miskin.
Dasar & Matlamat Pendidikan
di Pusat Tarbiah Darul atiq.
Tujuan
dan matlamat pihak Darul Atiq adalah untuk membantu dan memulihkan pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi gejala sosial dan
kerosakan akhlak, oleh itu,Untuk memasuki Darul Atiq tiada sebarang syarat yang
dikenakan. Apa yang diperlukan adalah tekad dan kesungguhan pelajar tersebut
untuk berubah menjadi insan yang lebih baik serta dibantu dengan sokongan ibu
bapa/penjaga pelajar tersebut.
Pada awal pendidikan di Darul Atiq tidak
menyediakan pembelajaran akademik. Tetapi fokus pembelajaran di Darul Atiq
lebih kepada pelajaran –pelajaran yang menerapkan nilai-nilai murni dan kasih
sayang melalui pendidikan islam. Sistem pendidikan yang disediakan mengikut
kepelbagaian pendekatan dan pembelajaran Rasulullah demi menjana pendidikan
yang berkesan.
Pada
tahun 2012 di bawah pentadibiran Ustaz
Ahmad Rizam sistem pembelajaran Darul Atiq telah ditukar kepada sistem tahfiz
dan mualim iaitu pembelajaran kitab. Untuk meningkatkan sistem pendidikan
sekolah.
Jumlah pelajar Darul Atiq.
Setakat
ini jumlah pelajar-pelajar di Darul Atiq dalam lingkungan 120 orang. Yang datang daripada pelbagai negeri.Dan
tenaga pengajar pula dalam lingkungan 20 orang. yang terdiri daripada anak-anak ustaz Ghazali
Hasbullah dan turut dibantu oleh anak-anak murid beliau.
Sumber kewangan di Pusat Tarbiah Darul Atiq.
Mempertimbangkan
kelayakan pelajar-pelajar di Pusat Tarbiah Darul Atiq pihak sekolah telah
mendapat dana kewangan daripada sumbangan zakat dan sumbangan ikhlas daripada
orang ramai. Pihak sekolah masih belum menerima sumbangan bulanan daripada
mana-mana badan koperat. Pihak Pusat Tabiah Darul Atiq juga mengalu-ngalukan
badan kerajaan, swasta mahu pun koperat dapat menyumbangkan dana secara bulanan
bagi menampung pembelajaan pelajar-pelajar di Darul atiq.
Bantuan Yang diperlukan.
Pihak
Darul Atiq memerlukan sumbangan dari segi wang ringgit untuk membaik pulihkan
sekolah, asrama bagi keselesaan pelajar-pelajar Darul Atiq. Dan juga sumbangan
material seperti makanan, pakaian, alat-alat kelengkapan sekolah dan keperluan-keperluan
asas asrama dan kelas.